Kitar Semula – Fikir Dahulu Sebelum Buang
Posted by Mardiana on May 17, 2008
Salam sejahtera.
Sebenarnya, terdapat pelbagai cara untuk kita mencari wang tambahan sekiranya kita benar-benar ingin melakukannya. Salah satu caranya adalah melalui kitar semula. Mungkin ramai di antara kita yang masih tidak sedar bahawa melalui kitar semula, kita mampu memperolehi wang tambahan. Perkara ini adalah benar kerana keluarga saya juga mencari wang tambahan melalui kitar semula.
Ianya bermula setelah Daddy pencen. Memandangkan dia tidak bekerja lagi, Daddy sibuk mencari kerja untuk dibuat. So, perkara pertama yang dibuatnya adalah membersihkan kawasan rumah (termasuk kawasan rumah Aunty dan Uncle saya). Dari situ, Daddy banyak mengumpul sampah-sarap termasuk tin, botol dan kertas. Untuk dibuang, dia rasa sayang, so, Daddy try jual di Recycle Centre and guess what??? Daddy dapat RM50++ and dia rasa happy. Lebih-lebih lagi ketika itu, dia terlihat satu show (Oprah) yang membincangkan tentang kepentingan mengitar semula. Mungkin ada di antara kita yang berfikir, buat penat sahaja. Kumpul banyak-banyak pun hanya dapat setakat RM50++. Tetapi, sekiranya ketika itu “tengah bulan” dan kita “tengah kesempitan wang”, saya percaya RM50++ ini amat berguna jugak ;-p
