Mardy Home Based Business

Perjalanan Sebuah Perniagaan Dari Rumah

Archive for the ‘Journal Kehidupanku’ Category

Journal No. 2

Posted by Mardiana on May 21, 2008

Pada 18 hingga 19 Mei yang lalu, saya agak sibuk menguruskan gerai belia kami sempena menyambut Pesta Kaamatan di kampung saya. Walaupun keadaan agak kucar kacir sedikit kerana tidak mendapat kerjasama daripada ahli-ahli belia yang lain, namun saya bersyukur kerana kami berjaya mengumpulkan RM204.70. Terus terang, saya berasa agak kecewa dengan ahli-ahli belia yang lain, namun, saya anggap ini sebagai lumrah karenah belia masa kini ;-p. Mugkin kerana terlalu penat menguruskan gerai tersebut, saya terus demam pada keesokan harinya.

Apabila saya berasa lega sedikit, saya cuba surf internet kerana saya benar-benar ingin melaksanakan misi saya. Saya tidak menyangka bahawa saya akan berjumpa dengan satu laman web yang sangat2 mengkagumkan di Yahoo. Laman web ini menceritakan tentang kejayaan ahli perniagaan yang telah bergelar Millionaires pada ketika ini. Saya syorkan agar anda di luar sana melawati laman web tersebut kerana anda bakal mendapat inspirasi daripada kisah kejayaan ahli2 perniagaan ini.

Posted in Journal Kehidupanku | Tagged: | Leave a Comment »

Journal No. 1

Posted by Mardiana on May 16, 2008

Salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca yang sudi membaca tulisan saya di dalam blog ini.  Sebenarnya, tujuan saya membuat blog ini adalah untuk merealisasikan impian saya untuk mencari satu formula perniagaan yang baru khas untuk kaum wanita.  Seperti yang kita ketahui, wanita-wanita di seluruh dunia mengalami masalah sama ada ingin terus bekerja atau mengabdikan diri sebagai surirumah sepenuh masa sesudah berkahwin.  Perkara ini turut terjadi kepada diri saya.  Walaupun pada ketika ini saya belum lagi berkahwin (saya mensasarkan usia saya 30 tahun baru saya akan mendirikan rumahtangga), tetapi saya sudah memikirkan tentang masa depan saya sesudah saya berkahwin kelak. Tentu ramai di antara kita yang bersetuju bahawa kita tidak sanggup meninggalkan anak-anak kita membesar tanpa adanya kita di sisi mereka.  Kita ingin melihat mereka membesar di depan mata kita tetapi kita perlu menimbang semula perkara tersebut memandangkan kita ingin membantu suami kita mencari nafkah bagi menampung kehidupan keluarga kita.

Di sinilah timbulnya niat untuk mencari pekerjaan yang boleh kita lakukan dari rumah atau lebih dikenali sebagai Home Based Business.  Mungkin di negara barat perkara ini sudah menjadi satu perkara yang biasa, tetapi bukan di Malaysia.  Oleh kerana itu, saya ingin mencuba teknik ini dan mencari satu alternatif untuk melaksanakannya.  Melalui blog ini, saya akan menceritakan tentang perjalanan perjuangan saya dengan harapan agar lebih ramai lagi wanita yang akan mengikuti jejak langkah saya.  Ini adalah bersesuaian dengan Falsafah Hidup saya iaitu 3K iaitu Keluarga, Kesihatan dan Kerjaya.  Tanpa keluarga yang bahagia, kesihatan dan kerjaya kita pasti akan terjejas, dan tanpa keluarga yang bahagia juga, kehidupan kita pasti tidak akan bererti.

Posted in Journal Kehidupanku | Tagged: | Leave a Comment »